Thursday, May 13, 2010

(UPDATE) NUKLEAR: KENAPA RAMAI ORANG MARAH SANGAT NEGARA NAK ADAKAN TENAGA NUKLEAR?

Mari kita sama-sama melihat kembali kecelakaan nulear yang telah berlaku:

Chernobyl 1986


Kecelakaan Jana Kuasa Nuklear Chernobyl 26 April 1986 di Utara Ukraine;

- Dos radiasi yang besar telah menyebabkan pencemaran radiasi ke atas alam sekitar yang dasyat.
- Seramai 28 orang telah mati dalam jangka masa kurang daripada 3 bulan akibat daripada kesan radiasai serta merta ( Acute radiation syndrome ). Lebih 20 orang mati dalam masa 9 tahun akibat kesan-kesan nuklear yang lain.
- Kerahan tenaga seramai lebih 600,000 rakyat Rusia & Ukraine ( Orang awam & tentera ) untuk membersihkan pencemaran nuklear yang berlaku dengan keluasan 35 km luas daripada jana kuasa nuklear tersebut dan ini memakan masa selama 5 tahun.
- Dan 220,000 rakyat sekitar Chernobyl hilang tempat tinggal dan terpaksa hidup merempat.
- Paling menakutkan adalah kesan jangka panjang di mana peningkatan kes kanser , lebih 4000 kes kanser tiroid pada kanak-kanak ( umur 0-18) sekitar 1992-2000 di Belarus, Russia and Ukraine.

Thyroid cancer

Mari kita sama-sama fahami sedikit berkenaan apa itu radiasi?

- Radiasi adalah suatu bentuk tenaga di dalam proses penghataran. Contohnya UV radiasi dan radiasi pancaran television adalah bentuk-bentuk radiasi. Tetapi ia di panggil “non-ionizing radiation”( bermaksud atom yang stabil) iaitu radiasi yang tidak berbahaya.
- Ini berbeza dengan ionizing radiation yang di bebaskan oleh nuklear kerana ia terdiri daripada atom-atom yang tidak stabil yang sifatnya boleh berubah-ubah. Ia amat berbahaya kerana boleh menembusi kulit/organ manusia/hidupan lain. Jenis- jenis ionizing radiasi : Alpha(tidak menembusi kulit, tetapi bahaya jika tertelan), Beta( menembusi kulit dan boleh di haling dengan kayu/aluminium), Gamma (paling jahat dan ganas)

Unit ukuran radiasi ( untuk tambah pengetahuan je, tak ambil tahu pun ok);

Older units of radiation measurement continue in use in some literature:
1 gray = 100 rads
1 sievert = 100 rem
1 becquerel = 27 picocuries or 2.7 x 10-11 curies
One curie was originally the activity of one gram of radium-226, and represents 3.7 x 1010 disintegrations per second (Bq).

BAGAIMANA PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR BERLAKU?

Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku.Proses ini ialah "Tindakbalas Berantai".Tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik.


APA KEBAIKAN TENAGA NUKLEAR NI?



Tenaga nuklear adalah sumber tenaga yang
selamat, bersih , berkesan dan berdaya saing;

- Tenaga nuklear tidak menghasilkan gas CO2, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Gas-gas ini adalah punca utama pencemaran alam & pemanasan global. Kaedah penghasil tenaga sekarang menggunakan bahan fosil telah mencemarkan alam sekitar dengan penghasilan 23 bilion ton gas CO2 setahun atau 730 ton sesaat.
CUBA BAYANGKAN?
- Sisa bahan nuklear adalah sangat rendah, iaitu 1 juta lebih kecil berbanding sisa fosil. Ini kerana 1 gm Uranium boleh menghasilkan tenaga bersamaan 1 tan arang atau minyak ( fosil )
- Tenaga nuklear boleh di simpan dengan selamat dan boleh di guna semula untuk menghasilkan lagi tenaga.
- Sisa nuklear di simpan ke dalam geologi dan tidak memasuki bio-atmosfera. Jadi kesan ke atas eko-sistem amat sedikit. Dan sisa nuklear akan lenyap secara spontan ( kerana atomnya tidak stabil ).
- Harga tenaga yang di hasilkan daripada tenaga nuklear murah berbanding ia dihasilkan daripada tenga fosil
- Reaktor nuklear ( Third generation power plant ) boleh beroperasi sehingga 40-60 tahun. Kos mendirikan satu reaktor nuklear di anggarkan USD 1 billion.
- Jana kuasa nuklear boleh didirikan dengan saiz sebesar stadium shah alam. ? Jimat kawasan.

TETAPI: APA YANG BERLAKU JIKA JANA KUASA NUKLEAR YANG KITA BINA MELETUP?

Bayangkan jenis-jenis kategori tenaga yang di bebaskan jika jana kuasa ini meletup:
-
Letupan dasyat : 40-50% daripada Total tenaga ( hancur badan woit)
-
Radiasi Haba : 30-50% daripada Total tenaga ( terbakar woit )
-
Radiasi ion : 5% daripada Total tenaga ( ni pun dah cukup untuk dapat kanser )
-
Radiasi baki : 5-10% daripada Total tenaga ( yang ni kita pi merempat kat tempat lain lah jawabnya)



BERAPA BANYAK RADIASI DI PERLUKAN UNTUK DAPAT KANSER/MATI?

-
100 mSv/tahun : Ini adalah level paling rendah untuk dapat kanser. Makin tinggi, makin meningkat risiko.
-
1,000 mSv keseluruhan : Insiden 5% dapat kanser. Kalau 100 orang kena radiasi ni, 5 orang dapat kanser
-
1,000 mSv : Kena satu dose yang ni boleh jadi muntah-muntah. Sel darah putih menurun ( sel darah putih penting nak lawan kuman)
-
5,000 mSv : Kena satu dose yang ni 50% mati dalam masa 1 bulan ( 100 orang kena, 50 orang mati)
-
10,000 mSv : Kena satu dose yang ni, mampoih dalam masa seminggu saja. Innalillah.



KESIMPULAN;

Justeru, kita tidak dapat mengelakkan daripada menggunakan tenaga nuklear ini demi kebaikan alam sekitar dan manusia. Melihat kepada keseluruhan kebaikan dan keburukan tenaga nuklear ini, sememangnya untuk jangka masa panjang , penggunaan tenaga nuklear amat menguntungkan.
PERSOALANNYA; Adakah Negara kita sudah bersedia?

1. Bersedia dari segi
kepakaran tenaga kerja?
2. Bersedia dari segi
professional, ketelusan, integriti dan bebas rasuah para kontraktor dan jurutera?
- Bayangkan
situasi semasa ; buat stadium, stadium runtuh. Buat bangunan , syiling bocor. Bina empangan , empangan tak siap. Bina jambatan, jambatan runtuh dan segala siasatan tidak di dedahkan kepada rakyat secara terperinci. MAHUKAH KITA BINA JANA KUASA NUKLEAR dan akhirnya seperti Chernobyl?

3. Bagaimana tahap
pemikiran rakyat kita . First class atau third class mentality?

Kita mesti/wajib selesaikan segala persoalan di atas terlebih dahului sebelum membina Jana Kuasa Nuklear Negara kita. Oleh sebab yang demikian, ramai rakyat yang menentang bagi pembinaan Jana Juasa Nuklear Negara pada masa ini.

Wallahu’allam.

My Frontal lobe; Teluk Intan, May 14, 2010.

Rujukan:
1. http://www.ecolo.org/documents/documents_in_english/BENEFITS-of-NUCLEAR.pdf
2. http://www.who.int/ionizing_radiation/chernobyl/WHO%20Report%20on%20Chernobyl%20Health%20Effects%20July%2006.pdf
3. http://myais.fsktm.um.edu.my/2122/1/H%26N2005PaperAhmad.pdf
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Effects_of_nuclear_explosions
5. http://nuclearinfo.net/Nuclearpower/TheBenefitsOfNuclearPower
6. http://www.riskworld.com/Nreports/1999/jaworowski/NR99aa01.htm
7. http://www.world-nuclear.org/info/inf05.html
8. http://www.countercurrents.org/hamer040110.htm